BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 28, 2009

rindukan keluarga dan rumah tercinta~~~







sekadar mahu berkongsi dengan teman2...itulah foto2 keluarga saya..saya dengan abang no.3..tika majlis persandingannya di rumah mereka(mereka sudah membeli rumah menjelang majlis perkahwinan mereka)...

foto di pelamin itu...saya dan adik beradik...sebenarnya ada 5 orang adi beradik..namun,along sudah tiada sejak umurnya 8 tahun..along lahir tahun 1979..jadi pada tahun 1987 dia meninggal..x sempat tunggu adik kesayangannya ini lahir dahulu..heheehhe...

sekarang ini ada angah,epul(panggil nama saja untuk abg no.3), saya n adik. seorang saja puteri...tanpa ragu mahu nyatakn. sangat lasak jadinya bile kesemua adik beradik lelaki. itu bg diri saya..tak tahu pula bagi kawan2...

foto mak n abah tika hari rayer kedua yang lalu..bersiap-siap mahu beraya ke rumah jiran2...

n rumah tercinta...ya! rumah kampung...ramai kenalan sudah datang ke rumah..mereka nyatakan. mahu saja tinggal selama-lamanya di rumah kampung itu.hehehehe..kepada teman2! yuk ke rumah saya...ada sungai berdekatan rumah...(^_^)

T.U.A.H

Tuan Umar Ahmad Hasbullah bin Tuan Kasman.

Panjang sungguh nama jejaka ini.

Ah! Pedulikan. Aku hanya mahu pastikan aku dapat bertemu dengan pemilik nama ini.

“Melor, petang nanti teman aku pergi ke Taman Ledang ya? Aku mahu berjumpa dengan tuan punya nama ini. Mama aku cakap. Dia selalu beriadah disana.”

“Ok. Tak ada masalah Teja.”

********************************************

“Kawan-kawan, lihat siapa yang datang. Teja la.”

“Teja gedempol dah datang. Teja gedempol! Teja gemuk!”

Nafasku sesak. Aku seperti mahu saja menerkam ke arah mereka.

Jebat, Lekir dan Lekiu ketawa terbahak-bahak.

Pantas saja Melor menarik tangan aku dan berlalu dari situ.

“Biarkan mereka Teja. Tunggu saja satu hari nanti. Mereka akan menyesal kerana memperlakukan kau sebegini.”

“Salah aku ke nama aku Teja? Aku tahu. Teja yang dulu tentunya cantik dan menawan. Sampaikan Sultan Melaka mahu menjadikan dia permaisuri.”

“Tidak Teja. Kau tidak salah apa-apa. Nama Teja itu terlalu indah buat yang mengerti. Mama dan abah kau menamakan kau Teja kerana mereka tak mahu Tun Teja idaman Sultan Melaka kian hilang ditelan zaman.”

“Tapi aku bukan Teja dambaan sultan. Aku bukan Teja rebutan jejaka-jejaka itu. Aku hanya boneka yang menjadi cacian mereka sahaja.”

“Sabar Teja. Masa itu akan tiba”

Bebola mata menumpahkan mutiara jernih. Ku biarkan detik ini ditemani alunan sendu.
Ah! Persetankan semua. Biarkan Jebat, Lekir dan Lekiu tahu siapa Teja yang sebenar.

**************************************

“Teja, kamu harus ingat empat cara diet yang berkesan. Sebenarnya banyak lagi cara diet yang kamu boleh amalkan cuma laksanakan dulu cara diet yang saya syorkan ini.”

“Ok, Teja akan buat yang terbaik!” mataku bertemu pandang dengan matanya.

“Bagus. Semangat yang macam itu saya mahu.”

“Pertama. Atur pola pemakanan kamu menjadi tiga bahagian iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan petang/malam.”

Ligat jariku menulis apa yang diperkatakan T.U.A.H.

“Kedua. Gunakan minyak sayur sebagai pengganti marjerin atau 'butter' kerana minyak zaitun memiliki kandungan lemak trans lebih rendah berbanding lemak padat.”

“Lemak trans tu apa?” dahiku tanpa silu menampakkan sejuta kerutan.

“Lemak trans pada asasnya merupakan lemak sayur poli tak tepu yang telah diubah secara kimia melalui proses yang dikenali sebagai penghidrogenan. Ini adalah proses bahan kimia kasar yang menukarkan minyak sayur menjadi lemak pepejal atau separa pepejal iaitu lemak yang lebih keras pada suhu bilik yang membolehkan minyak itu tetap segar bagi tempoh masa yang ditetapkan. Lemak berhidrogen kurang berkemungkinan rosak jadi…….

“Ok. Sudah. Teja dah faham.” laju saja mulutku memintas kata-kata T.U.A.H.

“Ketiga. Perbanyakkan pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Hal ini kerana kedua-dua jenis makanan ini memiliki kandungan serat yang tinggi dan baik untuk tubuh. Jika ingin menikmati makanan berlemak tinggi, lebih baik kamu membataskan jumlah pengambilannya dan kurangkan pengambilan makanan yang selanjutnya.”

“Keempat. Cuba elakkan pengambilan makanan seperti kek, cookies atau pelbagai makanan yang dibekukan kerana makanan tersebut biasanya mengandungi lemak trans yang tinggi.”

***********************************************

“Melor, jejaka yang aku ceritakan kepada kau tu sangat baik orangnya. Nama singkatan dia TUAH. Tuan Umar Ahmad Hasbullah. Unik. Aku suka dia. Beruntung badan dapat perunding kesihatan macam dia.”

“Teja, berusahalah. Jangan putus asa. Moga TUAH menaikkan semangat kau lagi untuk melaksanakan impian kau.”

“Baik Melor. Aku ingat pesan kau. Teja ini akan menjadi Teja dambaan seluruh jejaka di alam ni.”senyum yang terukir di bibir mungilku semakin melebar.

********************************************

Moga Sarjanamuda Sains (Kepujian) Sains Makanan dan Pemakanan yang telah ku peroleh lima tahun lalu dapat membantu Teja melaksanakan impiannya. Tak sangka dalam kembara aku mencari dia selama ini.

Rupa-rupanya Teja anak kepada Tan Sri Taming Sari. Aku mengenali Tan Sri ketika satu seminar tentang gaya hidup sihat yang berlangsung di ibu kota tidak lama dahulu. Sejak itu, hubungan kami rapat lantaran Tan Sri sendiri mengupah aku sebagai perunding kesihatan beliau. Tuah dan Taming Sari tika dahulu bergelut sesama sendiri.

Namun, aku dan Tan Sri Taming Sari sangat akrab umpama belangkas. Tiada lagi pergelutan antara Tuah dan Taming Sari. Kembaraku mencari Teja bukanlah atas dasar perintah Sultan Melaka tika beberapa kurun dahulu tetapi kembaraku ini membawa harapan buat Teja yang berusaha menggapai impiannya.

***************************************

“Teja, sudah berapa kali abang ingatkan. Jaga pemakanan. Ikut jadual yang abang dah sediakan. Kenapa tak ikut?” T.U.A.H bercekak pinggang sambil matanya tajam memandang ku.

“Teja ikut la. Cuma kali ni saja Teja makan banyak. Teja tak tahan. Maafkan Teja.”

“Teja tak boleh macam ni. Teja kena kuatkan semangat. Ingat. Teja diet bukan untuk cantik. Teja nak tubuh badan yang sihat. Betul kan?”

“Maafkan Teja.”

“Kali ini abang maafkan. Kalau ulang lagi kesalahan yang sama. Abang tinggalkan Teja seorang diri di Gunung Ledang nanti. Mahu?”

Aku teringat lagi ketika kami terlibat dengan aktiviti mendaki Gunung Ledang. Aku tersesat. syukur pada Tuhan aku selamat.

“Tak.”

“Nah, baca artikel ni. Abang jumpa dalam fail simpanan abang. Mungkin selepas baca artikel ni, Teja akan lebih bersemangat untuk diet.”

Tanganku menyambut huluran keratan akhbar sambil bibir menutur kata terima kasih.
Aku memulakan pembacaan.

“Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Hal ini disebabkan pengmabilan makanan dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan beberapa risiko penyakit kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolestrol, osteoporosis dan spina bifida….”

Aku teringat tentang spina bifida ketika berbual bersama-sama rakan-rakan lama ku di ruang maya.

“Spina bifida dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terpisah. Penyakit ini merupakan kecacatan sejak lahir yang dikenali sebagai kecacatan di tiub neutral. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi seawal di awal kandungan sekitar usia sebulan.

Ianya berlaku dibahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku dibahagian atas. Kadang-kadang sebahagian daripada otak juga turut terdedah.”

********************************

“Teja pernah dengar perkataan fitness?”

“Pernah tapi Teja tak begitu pasti maksudnya dalam bahasa Melayu.”

“Fitness bermaksud keadaan fizikal yang sihat. Fitness ini boleh dikaitkan dengan semua kegiatan yang berkaitan dengan olahraga. Latihan fizikal ini wajar dilakukan ketika usia masih muda lagi.

Hal ini untuk mengelakkan masalah pengecilan otot yang lazimnya berlaku pada usia 30 tahun. Daripada usia 30-70 tahun, otot kita bakal mengalami pengecilan sebanyak 40%.

Di kebanyakan fitness center, latihan-latihan yang ditawarkan berbentuk latihan kardiovaskular, weight exercise, group exercise dan mind and body. Tahap latihan yang patut kita semua ketahui seperti pemanasan, latihan utama, cooling down dan sauna.”

“Banyak maklumat Teja dapat daripada abang. Terima kasih.”

“Sama-sama. Abang nak bantu Teja gapai impian Teja. Abang janji walau apa pun, abang tetap sokong Teja. Perkara penting yang Teja perlu ingat ialah Teja perlu istiqamah dalam melakukan proses diet ini.”

“Tak rugi mama lantik abang jadi perunding kesihatan Teja dulu kan. Sekarang abang akan jadi perunding segala-galanya untuk Teja. Teja sayang TUAH. Tuan Umar Ahmad Hasbullah.”

******************************

“Teja, mama nak kamu pergi jumpa dengan orang ini.”

Huluran kertas yang mencoretkan sebaris nama ku sambut perlahan.

“Siapa dia mama?”halus suaraku berbicara dengan mama.

“Kawan papa kamu. Dia bekerja sebagai perunding kesihatan. Mama fikir eloklah mama lantik dia sebagai perunding kesihatan kamu.”

“Ok. Terima kasih mama. Petang nanti Teja pergi jumpa dia dengan Melor.”

**********************************

TUAH yang hadir merupakan sahabat lama ketika di varsiti. Tidak begitu mengendahkan dia lantaran kesibukan ketika itu. Tak sangka Tuan Umar Ahmad Hasbullah bin Tuan Kasman adalah TUAH. Mereka orang yang serupa. TUAH. Ya. Cocok sekali nama manjanya itu. Susuk tubuh yang tegap persis pahlawan Melayu yang satu. Langkah kaki yang dihayun sungguh teratur. Tanpa peduli onak dan duri, langkahnya terhenti tika Teja yang dicari telah ditemui. Kini, hiduplah TUAH dan Teja bersama-sama tiga cahaya mata iaitu Jebat dan termasuklah sepasang kembar Lekir dan Lekiu. Moga perwira-perwira kecil ini mewarisi darah kepahlawanan yang mengalir dalam diri ayah mereka. Semoga bakal lahir pula puteri yang mewarisi darah kesetiaan pada cinta yang satu.

*******************************

edited source from majalah remaja n google. thanks.